Assalamualaikum w.b.t.
Satu majlis kesyukuran dan bacaan yassin telah diadakan di rumah Mejar Zawawi, No. 137 Jln KP2/10 pada hari Sabtu 15hb Disember 2007 selepas solat Zuhur. Majlis telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ust. Dr. Fakhrul Adabi selaku Pengerusi/Imam Surau At-Taufiqiyyah bersama-sama dengan beberapa jawatan kuasa surau dan kariah Taman Kajang Perdana yang lain.
Majlis kesyukuran tersebut diadakan sempena anaknya yang telah tamat belajar dan tahlil bagi kedua arwah ibubapa beliau. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir.
Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kejiranan sesama kita, insyaallah.
Jalan Kajang Perdana 2/12, Taman Kajang Perdana (TKP), 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Sunday, December 16, 2007
Wednesday, December 5, 2007
Pengumuman - Mesyuarat Akhir Tahun Surau At-Taufiqiyyah bagi Tahun 2007
Assalamualaikum w.b.t
Satu Mesyuarat Surau akan diadakan pada :-
Tarikh: 13hb Dis 07 bersamaan 3hb Zulhijjah 1428
Hari: Khamis Malam Jumaat
Masa: Selepas Solat Isyak (8.30mlm - 9.30mlm)
Tempat: Surau At-Taufiqiyyah, Taman Kajang Perdana
Agenda mesyuarat yang dicadangkan adalah seperti berikut:
a. Penyusunan Semula Jawatan Kuasa Surau bagi Tahun 2008
b. Cadangan Aktiviti/Ceramah/Majlis Pengisian Surau bagi Tahun 2008 (Master Schedule)
c. Pembentangan Laporan Kewangan/Penyata BankTahun 2007
d. Status Pembangunan Surau Baru/Kekal
e. Hal-hal Lain.
Semua Kariah Surau At-Taufiqiyyah dijemput hadir ke mesyuarat di atas. Sekian.

Tuesday, December 4, 2007
Majlis Keagaman Di Kariah Surau At-Taufiqiyyah
Satu majlis kesyukuran serta cukur jambul telah diadakan pada pagi hari Sabtu, 24hb November 2007 yang lepas di rumah Sdr. Mohd Rabiie No 91 Jln KP 2/9 sempena menyambut kelahiran anak beliau yang ke-tiga. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Imam/Pengerusi Surau At-Taufiqiyyah, Al-Fadhil Ust. Dr. Fakhrul Adabi bersama-sama dengan AJK Surau serta beberapa kariah yang lain.
Manakala satu majlis doa selamat, bacaan Yaasin dan solat hajat sempena memasukki rumah baru telah diadakan pada hari tersebut juga, iaitu pada sebelah malamnya selepas solat Isyak bertempat di rumah baru Sdr. Azrif Manut, No 241 Jln KP 2/19. Majlis tersebut disempurnakan oleh Ust Azdi Abbas bersama-sama dengan AJK Surau serta beberapa kariah yang lain.
Semoga Allah S.W.T memberkati dan merahmati majlis tersebut di samping dapat merapatkan hubungan sillaturrahim dan semangat pemuafakatan sesama kita, insyaallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)