Thursday, September 25, 2008

Selamat Menyambut Eidul Fitri

Salam Akhir Ramadhan buat semua muslimin & muslimat Taman Kajang Perdana

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1429, pihak Jawatan Kuasa Surau At-Taufiqiyyah, Taman Kajang Perdana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri & Maaf Zahir Batin.

Semoga dihari yang mulia nanti dapat kita bermaaf-maafan sesama kita. Kepada yang pulang berhari raya di kampung, berhati-hati di jalan semoga selamat sampai ke kampung kembali ke kota dengan selamat. Pastikan rumah kita dikunci dengan selamat & meminta agar jiran tetangga agar dapat tengok-tengok sama.

Sekian & wassalam.

Friday, September 19, 2008

Majlis Berbuka Puasa Sempena Nuzul Al-Quran

Salam Ramadhan Al-Mubarrak buat semua muslimin & muslimat Taman Kajang Perdana khasnya.

Alhamdulillah pada hari Sabtu bersamaan 13hb Ramadhan/September yang lepas satu majlis berbuka puasa telah diadakan bagi muslimin & muslimat Taman Kajang Perdana. Sedikit kelainan bagi majlis berbuka puasa tahun ini kerana juadah & masakan disediakan secara gotong-royong oleh pihak Jawatan Kuasa Surau dan dibantu juga oleh kariah-kariah Taman Kajang Perdana yang berkelapangan. Menu yang disediakan adalah seperti daging masak kurma, ayam goreng rempah, ikan goreng masak pedas, acar nenas/timun, sambal belacan, tembikai di samping sumbangan kurma & kuih muih daripada kariah-kariah Taman Kajang Perdana.

Suasana gotong royong dalam menyediakan masakan & juadah amat meriah sekali. Walaupun letih dalam menjalani ibadah puasa masing-masing bersemangat dalam menyiapkan tugas masing-masing.

Pada malamnya selepas selesai solat tarawikh, satu tazkirah ringkas disampaikan oleh Ybg. Ust. Dr. Fakhrul Adabi selaku Pengerusi Surau berkenaan Nuzul Al-Quran. Di antara intipati tazkirah beliau ialah untuk mengamalkan membaca Al-Quran sepanjang waktu secara berterusan dan tidak hanya di bulan Ramadhan sahaja. Sekurang-kurangnya dapat mengkhatam Al-Quran sebanyak 2 kali setahun, insyaallah.


Sambutan walaupun agak sederhana namun dapat menghidupkan suasana hidup bermasyarakat di samping dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan para kariah. Anak-anak Kajang Perdana setidak-tidaknya dapat merasakan suasana seperti kehidupan di kampung sepertimana ayah dan ibu mereka pernah lalui dahulu.

Akhir kata; Ya Allah Ya Tuhan Kami, Berikanlah Kami KenikmatanMu, KekuatanMu dan KerahmatanMu dalam pada kami mencari Malam Lailatul Qadrmu Ya Rabul Alamin. Ketemulah kami dengan Malam Lailatul QadrMu. Amin.