Friday, January 29, 2010

Minit Mesyuarat Surau Bulan Jan 2010

Mesyuarat telah diadakan pada hari Jumaat 22/01/2010 bertempat di Surau TKP selepas solat isyak.

Agenda:
1. Kata-kata Aluan Penasihat/Pengerusi Surau
2. Perancangan Majlis / Aktiviti Surau Jan & Feb 2010
3. Perancangan Pembangunan Surau Baru/Kekal
4. Hal-hal Lain

Kata-kata aluan Penasihat / Pengerusi Surau

Ust. Dr. Fakhrul Adabi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kariah surau yang dapat hadir untuk mesyuarat pada kali ini.

Perancangan Majlis / Aktiviti Surau Jan & Feb 2010

i. Satu kuliyyah agama umum akan diadakan pada 6hb Feb 2010 oleh penceramah jemputan.

ii. Program keagamaan sempena Maulidur Rasul dirancang akan diadakan pada 6hb Mac 2010.

iii. Kelas mengaji al-quran bagi anak-anak (2/3 kali seminggu) & orang dewasa (1 kali seminggu) TKP dirancang akan diadakan kelak. Pendaftaran akan dibuka kepada semua kariah TKP.

Perancangan Pembangunan Surau Baru/Kekal

i. Untuk makluman tapak surau sekarang adalah merupakan tapak sub-station TNB pada asalnya.

ii. Masih lagi menunggu keputusan dari Pejabat Tanah Hulu Langat bagi pewartaan tapak surau. Permohonan oleh JASI kepada pejabat tanah daerah telah dibuat pada 10hb Julai 2009.

iii. Mesyuarat bersetuju untuk menghantar surau kepada agensi dibawah didalam mendapatkan bantuan/peruntukan kewangan untuk pembangunan surau baru TKP.

1. YDP MAIS/JAIS
2. Jabatan Perdana Menteri/JPM
3. Pusat Zakat Selangor
4. Kerajaan Negeri Selangor/ADUN/Parlimen
5. Sumbangan ikhlas kariah TKP

Laporan Kewangan (anggaran) sehingga 22hb Jan 2010

Baki di bank RM1,400.00
Baki di tangan RM1,200.00
Jumlah Baki Keseluruhan RM2,600.00

Hal-hal lain.

Mesyuarat Surau bagi tahun 2010 dirancang diadakan sekali sebulan.

Kehadiran:

Ust. Dr. Fakhrul
Sdr. M.Rabiie
Sdr. Tajuddin
Sdr.Naim
Sdr Muhyidin