Jalan Kajang Perdana 2/12, Taman Kajang Perdana (TKP), 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tuesday, February 21, 2012
Rasullullah SAW...Idolaku
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah pada hari Sabtu bertarikh 25 Rabiul Awal 1433H bersamaan dengan 18hb Feb 2012, satu program sempena sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Surau At-Taufiqiyyah Taman Kajang Perdana.
Hujan lebat yang turun sejak tengahari dan reda menjelang waktu Maghrib telah menyamankan suasana tersebut. Alhamdulillah sambutan daripada para kariah menggalakkan mudahan surau yang baru dapat segera dibina bagi menampung serta menarik lebih ramai kariah di dalam mengimarakkan program-program keagamaan yang telah diatur.
Kulliyyah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ust Kapten Hanapiah (Unit Agama Tentera Darat- pengganti Ust Kapten Rafidi yang ada urusan kematian) selepas solat Maghrib berjemaah serta bacaan salawat ke atas junjungan besar Rasulullah menandakan kecintaannya kita kepadanya serta Allah swt. Isinya yang ringkas tapi padat menyuruh kita menjadikan Rasulullah sebagai idola di dalam menjalani kehidupan seharian...hendaklah bermula dari rumah, bermula dari sebuah keluarga yang sakinah, insyaallah.
Mudah-mudahan program seperti ini dapat lagi dianjurkan oleh AJK Surau dari semasa ke semasa bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kariah. Selesai solat Isyak berjemaah,jamuan ala pot luck yang disediakan telah menyerikan lagi majlis ini. Sekian.
Wednesday, February 1, 2012
Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah
Satu program Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan seperti di bawah:
Tarikh: 18 Feb 2012/25 Rabiul Awal 1433
Tempat: Surau At-Taufiqiyyah Tmn Kajang Perdana
Masa: 7.00mlm - 9.30mlm
Kuliyyah agama akan disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ust. Kapten Rafidi Hussain selepas solat Maghrib berjemaah.
Muslimin & muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Maulidur Rasul ini.
Jamuan secara 'potluck' akan diadakan. Muslimin & muslimat bolehlah menyumbang serba sedikit makanan & minuman bagi program ini.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)