Surau At-Taufiqiyyah Taman Kajang Perdana

Jalan Kajang Perdana 2/12, Taman Kajang Perdana (TKP), 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Saturday, July 28, 2012

Progres Pembinaan Surau Baru @ 28 Julai 2012

Posted by mrbien at 4:36 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, July 21, 2012

Progress Pembangunan Surau Baru @ 21 Julai 2012

Posted by mrbien at 1:24 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Minit Mesyuarat Surau bagi Tahun 2020

MM SAT Bil 1 - Jan 2020

Tabung / Akaun Bank - Surau At-Taufiqiyyah

1. Tabung Pengurusan Surau - Akaun Maybank:
Surau At-Taufiqiyyah Nombor Akaun: 562021600291

2. Tabung Pembangunan Surau - Akaun Maybank: Surau At-Taufiqiyyah Nombor Akaun: 562414007832

Yuran bulanan surau sebanyak RM5.00 bagi setiap buah rumah muslimin & muslimat dialu-alukan.

Semoga sumbangan ikhlas anda akan mendapat berkat, rahmat dan pahala daripada Allah S.W.T, insyaallah, amin.

Badan Khairat Kematian Taman Kajang Perdana

Yuran Pendaftaran RM100 bagi satu keluarga
Yuran Tahunan RM50 bagi satu keluarga (bayaran awal tahun)

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
Tn Hj. Adam Bin Pilus - Ketua JK
Tn. Hj Ahmad Naim Bin Mohd Sidek - AJK
Tn. Hj Mohd Muhaiyiddin Bin Md Mustafa - AJK
YM TG Mahmood Bin Tg Awang - AJK
Sdr Izamuddin - Bendahari Surau

Ahli Jawatan Kuasa Surau At-Taufiqiyyah Bagi Tahun 2020-2022

Ex Officio /Penasihat - Al Fadhil Ust.Dr. Hj.Fakhrul Adabi Abdul Kadir;

Pengerusi - Ybhg. Dato' Prof. Dr Hj. Ismail Hj Bakar;
Timb. Pengerusi - Tn Hj Noorman B. Saiat

Imam - En. Mohd Husni Bin Mohd Noor;

Bilal 1 - Tn. Hj. Afandi Saini ;
Bilal 2 - Tn Hj Ahmad Naim Mohd Sidek

Siak 1- Tn. Hj Mohd Muhaiyiddin
Siak 2 - Tn Hj Adam B. Pilus

Setiausaha - Tn. Hj. Mohd Rabiie B. Hj. Mohamed;

Bendahari 1 - Sdr Mohd Izamuddin B. Abdullah
Bendahari 2 - Sdr Ammer Fareez Tan Abdullah

Wakil Pemuda: Sdr Hishamudin Bin Mohd Isa

Wakil Wanita: Ustz. Nur Haslinda Azlini Bt Ismail

Pengurus Jenazah Wanita: Ustz. Kamarul Hazani Bt Yusof


AJK - Dr Norakir B. Nordin
AJK - YM Tengku Mahmood B. Tengku Awang
AJK - Pn. Rohana Bt. Ismail
AJK - Sdr. Zainol Akramin B. Akram
AJK - KOL Hj Izam
AJK - Hjh Hindun Bt Ahmad Marzuki
AJK - Hjh Umi Selamah Bt Zakaria

Pemeriksa Kira-Kira
1. Hj. Shahidin Bin Hj Hamzah
2. Hjh Ramnah Bt Razak

Senarai Ketua JK Kecil SAT bagi Sesi 2020 - 2022

Ketua JK Pengajian & Pendidikan – Hj Noorman Bin Saiat

Ketua JK Kebajikan & Khairat Kematian – Hj Adam Pilus & Tg.Mahmood Tg Awang

Ketua JK Pengurusan Faisiliti – Dr. Norakir Nordin

Ketua JK Institut Quran At Taufiqiyyah (IQT) – Dato Prof Dr. Hj Ismail. B Hj Bakar

Ketua JK Ekonomi & Kewangan – Sdr Izamudin & Sdr Ammer Tan

Ketua JK Sek Rendah Islam At Taufiqiyyah (SeRITA) – Ustz. Nur Haslinda & Ust Nik Muhammad Zaki

Ketua JK Pembangunan Surau – Dato Prof Dr. Hj Ismail. B Hj Bakar

Ketua Hal Ehwal Wanita – Pn Rohana Bt Ismail

Ketua JK Belia & Pemuda – Sdr Hishamudin Mohd Isa

Ketua JK Perhubungan Serantau & Komunikasi – Sdr Zainul Akramin B Akram (dipangku oleh Setiausaha SAT sehingga awal Februari 2020)


Sejarah Penubuhan Surau At-Taufiqiyyah

Bangunan surau ini adalah bangunan sementara dan dibangunkan pada awal tahun 2006 bagi memudahkan penduduk-penduduk Taman Kajang Perdana (TKP) menunaikan solat fardhu secara berjamaah dan juga mengimara'kannya dengan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain.

Surau At-Taufiqiyyah ini juga telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), No. Rujukan Pendaftaran JAI.SEL.BPM. /01/034/296

Tapak bagi pembinaan bangunan surau TKP yang kekal berkeluasan lebih kurang 0.3 ekar adalah berdekatan dengan bangunan sementara surau yang sekarang. Pihak Jawatan Kuasa Surau sedang berusaha untuk mendapatkan/menyediakan pelan bangunan surau kekal yang sesuai dengan saiz tapak tanah bagi membangunkan bangunan surau yang kekal tersebut. Ianya dijangkakan akan mengambil sedikit masa.

Sejumlah dana yang agak besar juga diperlukan di dalam membangunkan surau kekal yang tersebut.

Sila Layari Laman Web:

  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia
  • Panduan Ibadat Haji & Umrah
  • Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Melayu

Maklumbalas & Pendapat

Sila emailkan maklumbalas, pendapat atau cadangan anda kepada mrbien@gmail.com

Blog Archive

  • July (1)
  • January (1)
  • September (1)
  • January (1)
  • December (2)
  • June (1)
  • October (1)
  • June (2)
  • July (1)
  • June (1)
  • July (1)
  • May (1)
  • June (1)
  • February (1)
  • January (1)
  • October (1)
  • August (2)
  • July (2)
  • June (2)
  • May (1)
  • April (2)
  • February (2)
  • October (1)
  • August (4)
  • July (1)
  • June (1)
  • April (1)
  • August (2)
  • April (1)
  • March (4)
  • January (1)
  • December (1)
  • November (2)
  • August (2)
  • February (1)
  • January (1)
  • September (2)
  • April (5)
  • March (1)
  • February (1)
  • January (5)
  • December (3)
  • November (4)

RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.
Picture Window theme. Powered by Blogger.