Alhamdulillah pada hari Sabtu, 6hb Feb 2010 yang lepas, pihak jawatan kuasa surau telah menjemput seorang penceramah luar di dalam menyampaikan kuliyyah agama di mana isi kandungannya berkenaan dengan apakah persediaan kita di dalam menempuh alam barzah dan akhirat.
Sesungguhnya kuliyyah ini dapat menyedarkan para kariah yang hadir di dalam menjalani kehidupan di duniawi apakah kita juga memikirkan bekalan atau persediaan untuk menempoh alam yang telah dijanjikan oleh Maha Pencipta Alam ini, ALLAH swt.
Semoga kuliyyah yang sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa serta mendapat sambutan daripada para kariah di dalam mengimarakkan lagi surau ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment