Antara kelebihan menunaikan umrah adalah seperti berikut:
i) Mendapat Ganjaran Pengampunan Dosa.
Orang yang menunaikan ibadat umrah dengan sempurna akan mendapat pengampunan dosa.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak ada balasan bagi haji yang mabrur (diterima) melainkan syurga”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
ii) Menjadi Tetamu Agong Kepada Allah swt.
Orang yang mengerjakan umrah di Tanah Suci merupakan tetamu Agong kepada Allah swt dan mendapat kemuliaan daripada-Nya.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
”Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah swt, sekiranya mereka memohon doa kepada-Nya nescaya Allah swt perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah swt ampunkan mereka”.(Riwayat Al-Nasa’ie dan Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment