Saturday, June 4, 2016

Minit Mesyuarat Surau TKP 02062016

Mesyuarat Surau At-Taufiqiyyah, Taman Kajang Perdana
Tarikh: 2 Jun 2016
Masa: 9.00 – 10.30mlm
Tempat: Surau TKP

Agenda:
1.      Persediaan Bulan Ramadhan
2.      Pembangunan Surau
3.      Hal-hal Lain

Kedatangan:
1.      Ust Dr. Fakhrul Adabi Sdr.
2.      Mohd Rabiie
3.      Hj. Norman
4.      Hj. Shahidin
5.      Sdr Zainul
6.      Sdr Rahim
7.      Sdr Tajudin
8.      Sdr Husni

Ahli-ahli kariah & AJK yang hadir telah bermesyuarat, berbincang & bersetuju dengan perkara-perkara berikut seperti di bawah.

Ibadah Solat Sunat Tarawikh 2016M / 1437H
-       Solat tarawikh sebanyak 8 rakaat & 3 rakaat witir
-       Imam dikalangan ahli kariah yang dipilih oleh AJK Surau
-       Imam-imam terdiri daripada:
1.      Ust. Dr. Fakhrul Adabi
2.      Ust. Idris
3.      Sdr. Mohar
4.      Sdr. Husni
5.      Hj. Norman
6.      Sdr. Islam Fakhrul Adabi

Solat Maghrib Berjemaah
-       10 minit selepas azan / buka puasa
-       Iftar@buka puasa harian di surau dialu-alukan

Program Sepanjang Bulan Ramadhan
-       Tazkiran ringkas secara mingguan (1x seminggu), Sabtu mlm Ahad oleh Ust. Dr. Fakhrul Adabi & Hj. Norman.
-       Tahlil arwah 1x seminggu pada Khamis mlm Jumaat oleh imam yang bertugas; borang tahlil tidak dikeluarkan tetapi ahli kariah boleh menyumbang dan memberikan nama utk tahlil arwah kepada imam/AJK pada mlm tersebut.
-       Tadarus secara berjemaah selepas solat tarawikh amat digalakkan.
-       Program bagi 10 mlm terakhir: In sha Allah tazkirah @ tadabur Al Quran @ perkongsian ilmu kelebihan-kelebihan pada 10 malam terakhir Ramadhan bermula pada 21hb Ramadhan.
-       Program ini akan dibimbing oleh Hj. Norman & Hj. Afandi Saini.

Program Iftar @ Berbuka Puasa di Surau bagi semua Kariah
-       Akan diadakan pada petang hari Sabtu bertarikh 25hb. Jun 2016 bersamaan 19hb Ramadhan 1437H
-       Nasi putih & satu lauk utama & minuman akan disediakan oleh pihak surau
-       Jamuan @ juadah untuk berbuka puasa adalah secara potluck.
-       Moreh @ sumbangan makanan daripada Kariah bagi setiap malam selepas solat tarawikh amat dialaukan.
-       Bendahari Surau (Sdr. Tajudin & Hj Naim) akan membeli @ menyediakan peralatan dan bahan-bahan untuk menyediakan minuman selepas solat tarawikh.

Pengurusan & Pembangunan Surau
-            Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Pengerusi Surau untuk menambahkan lantai simen di antara pantry surau sehingga ke bahagian bangunan surau.
-            Ini bagi memudahkan untuk tujuan pemasangan khemah bila diperlukan.
-            Pemasangan 2 unit aircond untuk bahagian ruang solat wanita daripada sumbangan.
-            Pihak Surau di dalam proses untuk membuat pemasangan berkaitan elektrik daripada single phase kepada three phase. Sumbangan amat dialu-alukan.
-            No. Akaun Pengurusan Surau; Akaun Maybank 562021600291

Hal-hal Lain
-            Berbincang berkenaan dengan Jalan Kajang Perdana 2/11A yang mungkin akan digunakan sebagai laluan bagi Taman Good View (dibelakang kuari). Pihak pemaju taman tersebut telah pun membuat permohonan dengan MPKj.
-            Ahli mesyuarat bersetuju agar pihak Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Tmn Kajang Perdana menghantar surat bantahan berkenaan dengan perkara tersebut kerana melibatkan faktor keselamatan jalan raya dan juga kawalan sekuriti yang sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Setiausaha Surau Taman Kajang Perdana.

No comments: