Alhamdulillah, pada 25hb jan 2008 iaitu hari Jumaat malam Sabtu yang lalu, telah bermulanya Kuliyyah Maghrib yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Dr. Fakhrul Adabi Abd Kadir selaku
Pengerusi/Imam Surau At-Taufiqiyyah.
Insyaallah, Kuliyyah Maghrib ini akan dapat diteruskan dengan secara konsisten dan menjadi aktiviti bulanan surau. Ianya akan diadakan sebanyak 2 kali sebulan, iaitu pada hari Jumaat malam Sabtu, setiap minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan.
Semoga dapat kita sama-sama meluangkan masa mendengar dan mengambil ikhtibar serta panduan daripada isi kandungan kuliyyah yang disampaikan.
Semua Muslimin dan Muslimat Taman Kajang Perdana dijemput hadir. Sekian.
No comments:
Post a Comment