Alhamdulillah, satu majlis bacaan doa selamat telah diadakan di rumah Ybhg. Prof. Dato's Ismail Bakar yang juga selaku Penasihat Surau At-Taufiqiyyah, Taman Kajang Perdana pada hari Khamis malam Jumaat, iaitu 31hb Jan 2008 bersamaan 22hb Muharram 1429 yang lepas. Majlis ini diadakan bersempena salah seorang anaknya yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Semoga anak beliau dapat melanjutkan pelajaran dengan baik dan berjaya dengan cemerlang, insyaallah.
Majlis telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ust. Dr. Fakhrul Adabi bersama-sama beberapa AJK Surau dan kariah yang lain. Semua tetamu yang hadir telah juga menikmati jamuan yang disediakan oleh keluarga Ybhg. Prof. Sekian.
No comments:
Post a Comment